22 May 2010

Cameron Highland (20-21 Feb. 2007)



pekene teh secawan sebelum balik

semuanya pokok teh

 
       dalam gua tempurung memang cantik


          Aku gi Cameron Highland ni dengan wife masa cuti raya cina merangkap cuti kawin. Sebenarnya tak plan pun nak sampai sini. Tapi disebabkan ada lagi baki cuti so kitorang pun ambik keputusan pegi sini. Aku pun memang tak penah sampai lagi Cameron Highland ni. Pagi2 kitorang betolak naik dari Tapah. Sampai Tanah Rata kitorang pusing2 cari hotel tapi semua dah penuh sebab cuti raya cina kan. Last2 dapat ler satu hotel yang biasa2 (nama hotel pun aku dah lupe). Harga dalam rm150 kalo tak silap semalam. Kalau bukan waktu cuti umum harga hotel ni tak sampai Rm100 pun. Lepas jer check in mula ler aktivit jalan2. Masuk kebun strawberi, masuk kebun bunga, masuk kebun sayur last sekali singgah pasar malam beli sekali mkn malam. Oleh kerana kitorang tido 1 malam kat sini so belum beli apa2 lagi untuk bawak balik esok melainkan makan malam.

            Esok pagi2 lepas checkout teruskan lagi aktiviti jalan2. Yang tak bestnye pegi sini time cuti umum adalah jem teruk.Sama jer jem macam KL masa aku gi balik keje. Aku nasikat sape nak bercuti kat Cameron Highland ni jangan ler datang time cuti umum sebab memang sesak teruk. Jem2 pun sempat ler gak beli bunga dua tiga pasu bawak balik (dengar2 dua tiga bulan pastu sumer bunga tu dah kiokkk hehehe) Sebelum balik sempat singgah ladang teh boh Sg.Palas. Mencabar gak bawak kete nak samai ke kilang proses Teh Boh ni. Jalan kecik pastu kadang2 kene berselisih denagn kereta lain atau Bas bawak pelancong. Gerun weii... bawah tu dah ler curam.

Lepas puas tgk ladang teh, tgk macamana proses teh dan pekene teh secawan kitorang berangkat balik. Aku amik keputusan balik lalu simpang Pulai. Pada pendapat aku jalan ni lebih selesa dan kurang bengkakng bengkok berbanding lalu Tapah. Cuma jauh sikit la sebab aku nak balik T.Intan. dalam perjalanan balik tu singgah pulak kat Gua Tempurung. Teringat pulak zaman sekolah kat Teknik Persiaran Brash Ipoh buat camping 1 hari kat sini. Tapi masa tu trek tangga tak siap lagi so kitorang lalu jalan air tembus sampai le tembus kat tepi hiway. Tapi hari ni aku datang, trek tangga dah pun siap dan boleh sampai ke tengah2 Gua tempurung tu. Cuma letih la nak naik turun tangga.
               Balik Gua Tempurung dah keletihan. Nampak cendo pulut tepi jalan sebelum pekan Malin Nawar apa lagi singgah ler nak basahkan tekak. Pastu terus balik T.intan.


No comments:

Post a Comment