26 January 2011

yang meninggal dunia... yang dilahirkan

  Peristiwa ni berlaku Disember 2007.

Menyambut kelahiran anak pertama antara perkara yg dinanti2 bagi semua pasangan yg dah kawin. Betul tak? Waktu wife aku sampai masa nak bersalin ni ayah aku tengah sakit dan kat hospital Teluk Intan. 14/12/07... waktu ni wife aku dah pun amik cuti awal untuk bersalin. Maklum ler perut dah besar dan tak larat sangat nak gi keje.
     Aku ingat lagi, petang tu aku balik keje wife aku dah ngadu sakit perut yg lain macam. Aku plan pas maghrib nanti nak terus antar di ke HKL. Lebih kurang pas maghrib, tipon berbunyi... adik aku Rizah tipon sambil menangis bagi tau ayah aku telah kembali ke rahmatullah. Aku tersentak, dalam masa yg sama wife aku ada kat sisi aku. bayang kan lah dalam keadaan camni tetiba aku dikejutkan berita sedih ni. Abang aku pun tipon bagi tau abaj dah tak de. Aku ambil masa bebrapa minit utk tenangkan fikiran. Wife aku aku kat sebelah menenangkan perasaan aku masa tuh.Redha sikit. Aku pun bincang ngan wife aku yang aku akan hantar dia balik kampung kat Muar malam tu jugak, dan kemudian aku balik ke Teluk Intan untuk uruskan pengebumian arwah ayah aku dan wife aku pun setuju
      Dalam kol 8.00 malam kitorang pun bertolak ke Muar. Sampai Seremban jam la pulak. Tiap setengah jam wife aku ngadu sakit perut dia. Aku berdoa moga2 sempat la sampai kat Muar dan wife aku selamat melahirkan anak pertama kitorang. Dalam kol 11.00 malam, kitorang selamat sampai kat Muar. Letih gak la drive lagi2 petang tadi baru balik keje. Lepas solat Isyak aku sempat baca Yasin untuk arwah dan rehat jap lelapkan mata dalam setengah jam.
      15/12/07, 12tgh malam aku gerak balik ke Teluk Intan. Wife aku pulak siap2 nak pegi Hospital Muar. Adik ipar aku, Nor dan mak mentua aku akan hantar dia. falam perjalanan aku balik ke T.Intan tu, macam2 perasaan aku rasa. Pikiran aku pulak terkenangkan arwah abah. Tiga minggu sebelum arwah meninggal, aku sempat jaga dia satu kat hospital bergilir2 dengan adik dan abang aku.  Masa tu arwah abah nampak OK. dia boleh bangun dan duduk sendiri kat katil tu. Cuma disebabkan kaki dia yg sakit dan membengkak tu, tak boleh la dia nak berjalan.Seingat aku, kali terakhir aku dengan dia masa bawak dia ke bilik X-Ray. Lepas tu aku tukar  waktu jaga dia dengan abang aku. 2 minggu lepas tu, doktor ambik sampel air tulang belakang dia dan sejak itu tahap kesihatan dia makin teruk. Kalo tak silap aku 2 kali doktor ambik sampel tulang belakang dia. Dia ngadu kat mak yg teramat sakit bila doktor ambil sampel air tulang blakang tu.
    Pagi tu lepas kebumikan arwah abah bih kurang 10.30, adik ipar aku tipon bagi tau wife aku dah slamat bersalin normal anak lelaki. Sedih tak dapat azankan anak aku lepas lahir.Esok nyer baru ler aku balik Muar tgk anak aku.

 Sedar tak sedar masa dah berlalu pergi.. dah 3 tahun arwah abah pergi... semiga rihnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. AL-fatihah

*April 2011 ni, bakal menerima kelahiran anak ke-2 pulak,,, moga segalanya dipermudahkan olehNya*

adam haziq sehari smasa baru lahir

No comments:

Post a Comment