26 April 2011

Kelahiran Puteriku

Lahir pada 3/4/2011
jam 11.46mlm
Nur Adriana Amani..... nama di beri
Semoga menjadi anak yang solehah





26 January 2011

Macaron

kuih/biskut yg aku sendiri tak tau pun namanya sebelum ni namun diperkenalkan oleh mem aku disebabkan peraan dia meluap2 nak merasa kuih/biskut ni iaitu MACARON


size dia kecik jer... besar bih kurang biskut chipsmore kot

setiap warna rasa yg berbeza-beza

banyak2 ni aku suke yg coklat nih


kat atas nya ditaburi kacang

harganya boleh tahan...

aku beli kat empire shopping mall, subang jaya. Kebetulan masa ni aku ada keje skit kat USJ, onway balik singgah ler sini setelah dapat sms dari wife aku yg tgh ngidam benda nih. Tapi menurut info, byk kedai gak yg jual kuih/biskut nih... kat shoping mall ni pun ada lagi satu kedai jual biskut/kuih ni. Disebabkan aku jumpe kedai ni jer, terus je aku beli.Tempat lain yg leh dapat kuih/biskut ni kat
  Qistina nama chasher dia tuh... comelnye sama macam MACAROn juga haha

Babycakes Sweet Shoppe, GTower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur


yg ungu ni blueberry... agak masam n agak manishhhh

yang meninggal dunia... yang dilahirkan

  Peristiwa ni berlaku Disember 2007.

Menyambut kelahiran anak pertama antara perkara yg dinanti2 bagi semua pasangan yg dah kawin. Betul tak? Waktu wife aku sampai masa nak bersalin ni ayah aku tengah sakit dan kat hospital Teluk Intan. 14/12/07... waktu ni wife aku dah pun amik cuti awal untuk bersalin. Maklum ler perut dah besar dan tak larat sangat nak gi keje.
     Aku ingat lagi, petang tu aku balik keje wife aku dah ngadu sakit perut yg lain macam. Aku plan pas maghrib nanti nak terus antar di ke HKL. Lebih kurang pas maghrib, tipon berbunyi... adik aku Rizah tipon sambil menangis bagi tau ayah aku telah kembali ke rahmatullah. Aku tersentak, dalam masa yg sama wife aku ada kat sisi aku. bayang kan lah dalam keadaan camni tetiba aku dikejutkan berita sedih ni. Abang aku pun tipon bagi tau abaj dah tak de. Aku ambil masa bebrapa minit utk tenangkan fikiran. Wife aku aku kat sebelah menenangkan perasaan aku masa tuh.Redha sikit. Aku pun bincang ngan wife aku yang aku akan hantar dia balik kampung kat Muar malam tu jugak, dan kemudian aku balik ke Teluk Intan untuk uruskan pengebumian arwah ayah aku dan wife aku pun setuju
      Dalam kol 8.00 malam kitorang pun bertolak ke Muar. Sampai Seremban jam la pulak. Tiap setengah jam wife aku ngadu sakit perut dia. Aku berdoa moga2 sempat la sampai kat Muar dan wife aku selamat melahirkan anak pertama kitorang. Dalam kol 11.00 malam, kitorang selamat sampai kat Muar. Letih gak la drive lagi2 petang tadi baru balik keje. Lepas solat Isyak aku sempat baca Yasin untuk arwah dan rehat jap lelapkan mata dalam setengah jam.
      15/12/07, 12tgh malam aku gerak balik ke Teluk Intan. Wife aku pulak siap2 nak pegi Hospital Muar. Adik ipar aku, Nor dan mak mentua aku akan hantar dia. falam perjalanan aku balik ke T.Intan tu, macam2 perasaan aku rasa. Pikiran aku pulak terkenangkan arwah abah. Tiga minggu sebelum arwah meninggal, aku sempat jaga dia satu kat hospital bergilir2 dengan adik dan abang aku.  Masa tu arwah abah nampak OK. dia boleh bangun dan duduk sendiri kat katil tu. Cuma disebabkan kaki dia yg sakit dan membengkak tu, tak boleh la dia nak berjalan.Seingat aku, kali terakhir aku dengan dia masa bawak dia ke bilik X-Ray. Lepas tu aku tukar  waktu jaga dia dengan abang aku. 2 minggu lepas tu, doktor ambik sampel air tulang belakang dia dan sejak itu tahap kesihatan dia makin teruk. Kalo tak silap aku 2 kali doktor ambik sampel tulang belakang dia. Dia ngadu kat mak yg teramat sakit bila doktor ambil sampel air tulang blakang tu.
    Pagi tu lepas kebumikan arwah abah bih kurang 10.30, adik ipar aku tipon bagi tau wife aku dah slamat bersalin normal anak lelaki. Sedih tak dapat azankan anak aku lepas lahir.Esok nyer baru ler aku balik Muar tgk anak aku.

 Sedar tak sedar masa dah berlalu pergi.. dah 3 tahun arwah abah pergi... semiga rihnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. AL-fatihah

*April 2011 ni, bakal menerima kelahiran anak ke-2 pulak,,, moga segalanya dipermudahkan olehNya*

adam haziq sehari smasa baru lahir

29 December 2010

5% ke 6%

Slamat datang 2011. Baru dapat email tadi dr admin kat opis bekenaan hal  ni. Bermula tahun depan semua cukai perkhidmatan dah dinaikkan dari 5% kepada 6%. Mana yg dah der ASTRO tu pun nampaknya start tahun depan dalam bill dah kene charge cukai perkhidmatan. Nak makan fastfood pun cukai dah naik... so ujung2 tahun ni sebelum cuka perkhidmatan naik balun ler puas2 makan makanan idaman korang ye. Mungkin ada sesetengah pihak rasa kenaikan kepada 1% tu tak banyak kot tapi yg gaji ciput2 macamana pulak. Zaman skrg, kat kampung rumah atap daun nipah pun aku tgk ada jugak ASTRO. Tak tau ler kalau umah tu spesis luar stinggan dalam Kondo kot.aAdehh nak tdo hotel gi bercuti pun service charge pun ikut naik jugak.Nasib baik anak masih blom skolah... kalau tak, budjet pun kene lebih la nampak gayanya untuk tahun depan. Walau per pun kene jugak hadapi kehidupan tahun depan. Jangan berat badan aku pun makin naik dah leerrr... Mungkin kah segala yg bernama cukai perkhidmatan a.k.a service charge ni akan bagi kesan negatip kat poket korang??? dan mungkin gak bagi kesan positif kat ekonomi negara kot... tengok jer la hasilnya KDNK taun depan... adiosssss

attachment email yg aku trima kat opis tadi

22 May 2010

sehari di Bukit Tinggi





Ini adalah pengalaman pertama kali aku naik ke Bukit Tinggi ni. Cuti ujung minggu tak der per, so aku pun plan bawak anak & isteri jalan ke sini. Tak ler jauh mana pun Bukit Tinggi ni dari KL, atas sikit jer dengan Genting Highland kalau lalu hiway karak tu.


Kitorang bertolak pagi dan makan dulu kat Genting Sempah sebab lapar. Lepas makan teruskan perjalanan dan sampai kat atas jumpe satu pintu gerbang.... opsss kene tahan ler pulak. Laaaa rupenye kene beli tiket nak naik jalan-jalan kat atas ni. Time aku ke sini ari hujan ler pulak. So memang sejuk ler. Uniknya bangunan kat Bukit Tinggi ni sebab bercic-cirikan Inggeris. Aku gerenti sape pegi sini mesti ambik gambar berlatarbelakangkan bangunan-bangunan ni. Kat atas ni makanan memang mahal. Nasib baik aku dengan wife tadi dah makan kat Genting Sempah. Lagipun hari hujan tak ler lapar sengat.

Aku tengok ada hotel kat sini siap ader swimming pool. Tak tau ler kulit sape yg boleh tahan nak mandi kolam atas bukit yang sejuk cam ni. Dari satu tempat ke satu tempat agak jauh ler jugak kat atas ni. Tapi ada disediakan bas. Cuma yang tak best setiap tempat yang kita nak masuk tu kene beli tiket. Nak tengok arnab pun kene tiket. Aku tak kisah sangat sebab kitorang kesini just nak jalan-jalan je. Salah satu tempat menarik kat atas ni adalah Taman Jepun. Tapi aku pun tak masuk sebab ari hujan bawak anak kecik pulak tu.

Dah puas round2 kat atas tu sampai petang aku pun bertolak balik KL. Tengok2 pokok-pokok menghijau relak kepala otak sikit. Lupe pasal kerja. Satu hari cuti hujung minggu aku dah pun terisi besama family kat sini.


Langkawi 2007


Helang.... mercu tanda Langkawi

satu petang di pantai Chenang


petang2 ramai orang kat pantai Chenang ni


Feri langkawi salah satu pengangkutan utama
ke pulau ni. Gambar dari bilik hotel.



tadi aku nun dibawah sana... sekarang dah kat atas sini


aku lupe nama pantai ni. Dekat2 dengan kawasan kem PLKN







 stesen kereta kabel nak naik ke atas nun

kapal2 layar mewah banyak berlabuh kat sini.. @Telaga Habour


sebelum naik kereta kabel










sibuk gak jalan2 kat pantai chenang waktu malam

Aku gi Langkawi ni kononnya masa kitorang honeymon. Wife aku masa ni dah pregnant beberapa bulan. Untung anak aku dalm perut je pun dah merasa sampai Phuket la Langkawi la. Aku dulu kecik2 nak merasa sampai T.Intan pun dah sekolaah rendah.
    Kitorang pegi naik AirAsia & ambik pakej go holiday. Masa tu ada promosi dapt ler tiket murah skit termasuk hotel. Kalo tak silap dalam Rm600++ untuk 3 hari 2 malam termasuk flight dan penginapan. Masa tu aku pilih tido kat Seaview Hotel. Best gak hotel tu, dekat dengan pekan Kuah dan puas hati ler dengan service hotel tu. Bilik pun selesa. Dapat pulak bilik ngadap laut dan dengan jelas nampak Pulau Dayang Bunting. Nama pun Seaview hotel kan mesti la ngadap laut.
       Masa kitorang sampai dah malam. Kebetulan dapat sebijik kete sewa (Wira). Masa tu memang banyak kete sewa dah bis. Hari minggu kan ramai org bercuti. Brother tu charge kitorang Rm160 kalo tak silap untuk pakai selama 3 hari 2 malam kat langkawi tu. Ok le asalkan kitorang dapat bergerak kat pualau ni. Aku dengan wife memang 1st time sampai langkawi ni. So kitorang jalan2 bergantung harap dengan map yg ada. Tapi bagi aku langkawi ni tak ler besar mana. Pusing2 mana pun pasti takkan sesat punya.
      Antara tempat2 yang kitorang pegi tentunya kereta kabel, tapi sayang hujan masa tu so tak dapat naik sampai bridge atas sekali. Pastu pantai chenang kira tempat wajib ler org datang langkawi ni. Makam Mahsuri kemudian pergi kat Beras Terbakar.
      Selama kitorang kat situ aku rasa  2 3 kali gak ler aku pusing Langkawi tu termasuk yg sesat2 hehehehe. Orang pempuan kalau datang sini pasti kegemaran dorang pinggang mangkuk. Termasuk ler wife aku yg borong beberapa set pinggan magkuk. Belum lagi yg orang itu org ini kirim. Itu yg pegi satu bag balik jadi 3 bag. Langkawi ni bagi pendapat aku pegi 2-3 tahun sekali ok ler. Kalo tiap tahun pegi rasanya tak der apa sangat lerrr... balik2 akan jumpe tempat yg sama gak. Lepas ni aku plan nak pegi pulau dayang bunting pulak kalau ke langkawi lagi. Tungguuuuuu...




   sawah padi.. tapi tak nampak padi masa ni


      hujan... tak dapat jalan kat atas jambatan atas sekali  :(

Cameron Highland (20-21 Feb. 2007)



pekene teh secawan sebelum balik

semuanya pokok teh

 
       dalam gua tempurung memang cantik


          Aku gi Cameron Highland ni dengan wife masa cuti raya cina merangkap cuti kawin. Sebenarnya tak plan pun nak sampai sini. Tapi disebabkan ada lagi baki cuti so kitorang pun ambik keputusan pegi sini. Aku pun memang tak penah sampai lagi Cameron Highland ni. Pagi2 kitorang betolak naik dari Tapah. Sampai Tanah Rata kitorang pusing2 cari hotel tapi semua dah penuh sebab cuti raya cina kan. Last2 dapat ler satu hotel yang biasa2 (nama hotel pun aku dah lupe). Harga dalam rm150 kalo tak silap semalam. Kalau bukan waktu cuti umum harga hotel ni tak sampai Rm100 pun. Lepas jer check in mula ler aktivit jalan2. Masuk kebun strawberi, masuk kebun bunga, masuk kebun sayur last sekali singgah pasar malam beli sekali mkn malam. Oleh kerana kitorang tido 1 malam kat sini so belum beli apa2 lagi untuk bawak balik esok melainkan makan malam.

            Esok pagi2 lepas checkout teruskan lagi aktiviti jalan2. Yang tak bestnye pegi sini time cuti umum adalah jem teruk.Sama jer jem macam KL masa aku gi balik keje. Aku nasikat sape nak bercuti kat Cameron Highland ni jangan ler datang time cuti umum sebab memang sesak teruk. Jem2 pun sempat ler gak beli bunga dua tiga pasu bawak balik (dengar2 dua tiga bulan pastu sumer bunga tu dah kiokkk hehehe) Sebelum balik sempat singgah ladang teh boh Sg.Palas. Mencabar gak bawak kete nak samai ke kilang proses Teh Boh ni. Jalan kecik pastu kadang2 kene berselisih denagn kereta lain atau Bas bawak pelancong. Gerun weii... bawah tu dah ler curam.

Lepas puas tgk ladang teh, tgk macamana proses teh dan pekene teh secawan kitorang berangkat balik. Aku amik keputusan balik lalu simpang Pulai. Pada pendapat aku jalan ni lebih selesa dan kurang bengkakng bengkok berbanding lalu Tapah. Cuma jauh sikit la sebab aku nak balik T.Intan. dalam perjalanan balik tu singgah pulak kat Gua Tempurung. Teringat pulak zaman sekolah kat Teknik Persiaran Brash Ipoh buat camping 1 hari kat sini. Tapi masa tu trek tangga tak siap lagi so kitorang lalu jalan air tembus sampai le tembus kat tepi hiway. Tapi hari ni aku datang, trek tangga dah pun siap dan boleh sampai ke tengah2 Gua tempurung tu. Cuma letih la nak naik turun tangga.
               Balik Gua Tempurung dah keletihan. Nampak cendo pulut tepi jalan sebelum pekan Malin Nawar apa lagi singgah ler nak basahkan tekak. Pastu terus balik T.intan.


13 March 2010

Ku mencari keredhaanNya...




satu pagi di Sampoerna, sabah



                                         
    kampung ku, Parit 15/A Sg. Lampam, Teluk Intan, Perak